10 OGOS : Harga runcit petrol RON97 turun 10 sen daripada RM4.50 kepada RM4.40 seliter, manakala harga RON95 dan diesel kekal masing-masing pada RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter berkuatkuasa dari tengah malam ini hingga 17 Ogos.
Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan hari ini berkata, Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, seperti mana yang dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran.
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kenyataan itu lagi.