11 OGOS: Kerajaan Pahang akan terus memastikan jumlah hutang dengan kerajaan Pusat dapat dkurangkan dan dalam masa sama rakyat negeri itu dapat dibantu melalui pendapatan hasil negeri.
Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sehingga kini hutang dengan Persekutuan hanya tinggal RM908 juta berbanding kira-kira RM3 bilion sewaktu beliau mengambil alih jawatan Menteri Besar pada 2018.
Bercakap pada sidang media selepas majlis serah Notis 5A dan Hakmilik di Jerantut, semalam, beliau mendedahkan perasaan malunya kerana hutang kerajaan negeri berada pada kedudukan nombor satu berbanding negeri lain.
“Ketika mesyuarat Kewangan Negara, Saya rasa macam nak jadi penyu. Nak sorokkan kepala, malu sebab hutang Pahang nombor satu. Balik saja (selepas mesyuarat), saya minta kerajaan negeri fikir bagaimana untuk bayar hutang dan sekarang hanya tinggal RM908 juta sahaja,” ujarnya.
Tegas Wan Rosdy, kerajaan negeri akan terus menunaikan tanggungjawab membayar baki hutang tanpa mengabaikan bantuan-bantuan kepada rakyat di negeri Pahang
“Kita akan bayar secara berperingkat dan komitmen membantu rakyat akan diteruskan. Kerajaan negeri ada lebihan daripada pendapatan hasil malah pada tahun ini kita jangka sehingga RM1 bilion.
“Perbelanjaan mengurus dan gaji kakitangan hanya RM600 juta setahun. Pada 2019, kita dapat RM864 juta. 2021.RM866 juta dan pada tahun ini (2022) kita sudah kutip RM880 juta. Insha Allah, kita boleh capai RM1 bilion,” katanya
Menurut beliau, lebihan daripada membayar gaji itu digunakan untuk membayar hutang dan bagi balik kepada rakyat dengan pelbagai bagi manfaat segenap lapisan masyarakat
Katanya, hanya kerajaan stabil sahaja mampu merancang dan memikirkan untuk meningkatkan hasil negeri.
“Sebelah sana (pembangkang) hanya fikir hendak jual harga (semasa memerintah). Bila nak PRU (pilihan raya umum) mereka tabur fitnah. Sebagai rakyat, kita kena lihat apa yang nyata. Tengok siapa bagi bantuan ketika bencana, banjir dan macam-macam bantuan lain,” jelas beliau.
Sebelum ini, Menteri Kewangan kerajaan PH, Lim Guan Eng menyatakan Penyata Kewangan dan rekod Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) sejak 2014 membuktikan kerajaan negeri Pahang adalah penghutang paling besar di seluruh Malaysia.
Malah katanya, pada 2018 atau 2019 bukan kali pertama Pahang menjadi kerajaan negeri dengan jumlah hutang paling besar di antara semua kerajaan negeri di Malaysia dan pada hakikatnya, Pahang sudah menjadi jaguh hutang terbesar sejak 2014, melebihi negeri-negeri lain.
Kini Guan Eng jika masih Menteri Kewangan patut malu dengan kejayaan kerajaan negeri Pahang membayar hutang dalam jumlah yang besar dalam tempoh singkat. Oleh ROSLAN BIAN