nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Agong berkenan terima kunjungan hormat TPM Qatar

12 OGOS : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani di Istana Negara, di sini, hari ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata majlis menghadap itu julung kali buat Sheikh Mohammed yang kini dalam rangka lawatan rasmi ke Asia termasuk Malaysia.

Beliau berkata, pada sesi menghadap yang berlangsung kira-kira 30 minit bermula jam 11.30 pagi itu, baginda dan Sheikh Mohammed membincangkan hubungan dua hala yang erat terjalin antara Malaysia dan Qatar sejak 1974.

“Kedua-dua pemimpin turut menyentuh berkenaan usaha pengukuhan perdagangan dan ekonomi antara kedua-dua negara ke tahap lebih tinggi termasuk cadangan peningkatan jalinan hubungan ke tahap perkongsian strategik di masa depan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Fadil berkata, Al-Sultan Abdullah turut mengalu-alukan syarikat Qatar terus mengembangkan perniagaan dan pelaburan di Malaysia termasuk dalam bidang pembangunan hartanah.

“Baginda turut menzahirkan Malaysia bersedia bekerjasama rapat dengan Qatar pasca pandemik COVID-19. Ia termasuk kerjasama dalam pembangunan vaksin, ubat antivirus dan perkongsian pengalaman, penyelidikan serta kepakaran,” katanya.

Ahmad Fadil berkata, pada 2021, Qatar adalah rakan dagangan keenam terbesar Malaysia dan destinasi eksport serta sumber import dalam kalangan negara Asia Barat.

Beliau berkata, walaupun menghadapi cabaran ekonomi akibat pandemik COVID-19, jumlah perdagangan Malaysia dengan Qatar pada tahun sama meningkat 24.4 peratus kepada AS$634.2 juta.

“Jumlah eksport ke Qatar meningkat 31.9 peratus kepada AS$359 juta, manakala jumlah import dari Qatar meningkat 15.8 peratus kepada AS$275.1 juta,” katanya.

Majlis menghadap itu turut dihadiri Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan Duta Qatar ke Malaysia, Fahad bin Mohammed Kafoud.

Ketika kunjungan hormat itu, Ahmad Fadil berkata, Sheikh Mohammed turut menyampaikan undangan Kerajaan Qatar kepada Al-Sultan Abdullah untuk menyaksikan Piala Dunia FIFA Qatar 2022 selaku tuan rumah bagi temasya sukan itu yang dijadual berlangsung mulai 20 November hingga 18 Disember ini di Doha.

“Baginda adalah Anggota Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dari 2015 hingga 2019,” katanya menambah Qatar adalah negara Islam dan negara Asia Barat pertama dipilih tuan rumah Piala Dunia FIFA.

Lawatan rasmi Sheikh Mohammed susulan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Qatar pada Mac lalu dan sebagai persiapan awal untuk lawatan negara oleh Amir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani ke Malaysia pada 2023.

Sheikh Mohammed turut dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Ismail Sabri dan beliau juga akan mengadakan pertemuan berasingan dengan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. – BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.