12 OGOS : Tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki bersama lima rakannya bertindak ganas memukul seorang lelaki dipercayai guru dan pelajar sebuah pusat tahfiz hari ini kerana tidak berpuas hati isu bayaran makanan.
Kejadian itu berlaku di Maahad Tahfiz Darul Fikri Al Mahmudiah Kg Tempoyang, Kuala Lipis, Pahang.
Dalam video berkenaan, lelaki tersebut masuk ke dalam madrasah itu lalu menampar dan memukul seorang pelajar, Umar Naufal Azman dan guru di sekolah tahfiz berkenaan, Muhammad Zulhafiz Mohd Rasid.
Muhammad Zulhafiz cedera di bahagian muka akibat ditumbuk di mata kanan dan menerima empat jahitan manakala Umar Naufal pula hanua cedera ringan.
Polis menerusi satu kenyataan hari ini berkata, satu laporan polis telah dibuat oleh pelajar berkenaan, Umar Naufal Azman di Balai Polis Kuala Lipis berhubung insiden tersebut.
Kes tersebut akan disiasat di bawah seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan seksyen 488 Kanun Keseksaan Pencerobohan Kawasan serta seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Merbahaya 1952.