13 OGOS : Gempa bumi sederhana berukuran 5.0 pada skala Richter dikesan melanda Selatan Sumba, Indonesia pada 8.18 pagi ini
Berita Yang Berkaitan
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa pada jarak 355 kilometer (km) selatan dari Bima, Indonesia itu berlaku pada kedalaman 11 km.
Bagaimanapun, penilaian awal MetMalaysia mendapati gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia- BERNAMA