15 OGOS : Kes jangkitan baharu COVID-19 semalam memperlihatkan penurunan hampir lebih 1,000 kes apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan sebanyak 3,045 kes semalam, berbanding 4,334 kes hari sebelumnya.
Menurut data Kementerian Kesihatan di portal COVIDNOW, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kes jangkitan harian baharu kini mencecah 4.735 juta sejak kali pertama pandemik melanda negara.
Kes aktif COVID-19 dalam negara kini berjumlah 43,431. Daripada jumlah itu, 96.2 peratus atau 41,759 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
Dilaporkan, 1,567 kes dirawat di hospital dengan 72 daripadanya ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 46 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. Manakala kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 4,226 kes.
Kes kematian akibat COVID-19 pada Ahad juga turun kepada lima, berbanding 11 yang dicatatkan hari sebelumnya dan daripada lima kematian itu, tiada kes melibatkan kematian di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).