16 OGOS : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan sebanyak 2,437 kes baharu, berbanding 3,045 kes pada hari sebelumnya.
Angka terbaharu itu memperlihatkan sedikit penurunan dan menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.737 juta kes sejak pandemik melanda negara.
Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 42,203 dan 96 peratus atau 40,525 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah dan dilaporkan 1,566 kes dirawat di hospital, dengan 81 pesakit kini ditempatkan di wad ICU, di mana 50 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, kes kematian pada Isnin naik ke lapan berbanding lima yang dicatatkan hari sebelumnya.
Dua daripadanya merupakan kes berlaku di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead’ (BID).