17 OGOS : Kes baharu jangkitan kes COVID-19 di negara ini meningkat semula kepada 3,429 kes berbanding 2,437 kes yang direkodkan pada hari sebelumnya, menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.741 juta kes sejak pandemik melanda negara.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, kes aktif COVID-19 dalam negara kini 40,741 dan 95.9 peratus atau 39,062 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah, manakala seramai 1,563 pesakit dirawat di hospital dengan 84 kini ditempatkan di wad ICU di mana 58 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sementara itu, sebanyak 4,882 kes sembuh telah direkodkan semalam.
Kes kematian semalam pula meningkat kepada sembilan kes berbanding lapan yang dicatatkan pada hari sebelumnya, satu daripadanya merupakan kes berlaku di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead’ (BID).