17 OGOS : Ribuan guru di Venezuela berarak di seluruh negara, mengancam mengancam untuk tidak kembali ke sekolah apabila cuti musim panas berakhir, malah ada yang mahu meninggalkan profesion mereka, susulan kerajaan hanya membayar sebahagian kecil bonus percutian tahunan.
Pembayaran bonus berkenaan yang biasanya diberi pada akhir tahun persekolahan digunakan untuk membeli pakaian seragam buat anak-anak mereka dan pelbagai keperluan harian.
Mogok guru itu tercetus apabila mereka menerima bayaran bonus sebanyakAS$100 (RM446.58) kurang separuh daripada bayaran yang dijangkakan iaitu sebanyak AS$200 (RM893.09), bergantung kepada tahun perkhidmatan dan ijazah mereka.
Persekutuan Guru Venezuela menganggarkan 50 peratus daripada 370,000 guru di negara itu telah meninggalkan profesion itu sejak 2017.