17 OGOS : Texas umum kes jangkitan pertama cacar monyet ke atas kanak-kanak melibatkan seorang kanak-kanak itu yang berusia di bawah dua tahun telah diuji positif dengan wabak itu.
Pegawai Tertinggi Harris County, Lina Hidalgo, berkata bagaimanapun, daerah itu masih menunggu pengesahan akhir daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).
Hidalgo berkata, kanak-kanak itu mengalami ruam, namun kesihatannya stabil.
Beliau berkata, daerah itu kini melakukan pengesanan kontak rapat dengan bantuan keluarga kanak-kanak terbabit.
“Kanak-kanak itu tidak pernah berada di pusat jagaan harian atau sekolah serta tiada ahli keluarga lain yang menghidap virus itu,” katanya.
Hidalgo berkata, Harris County setakat ini mempunyai kira-kira 270 kes cacar monyet.