nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Agong harap Malaysia dapat pelajari teknologi pembuatan pesawat TAI

18 OGOS : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan harapan agar Malaysia dapat mempelajari teknologi dimiliki Turkish Aerospace Industry (TAI) selaku pemain utama aeroangkasa negara ini.

Seri Paduka turut melahirkan rasa sukacita dan kagum dengan lawatan baginda ke TAI dengan teknologi dimiliki syarikat berkenaan dan berharap kerjasama lebih rapat dapat diwujudkan antara kedua-dua negara, khususnya dalam teknologi pembuatan pesawat udara serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) pada masa akan datang.

“Ini lawatan pertama kali saya ke TAI…saya perhatikan banyak pesawat dan R&Dnya dan kagumlah. Saya dimaklumkan ada juga anak muda kita mempelajari sedikit sebanyak teknologi di sini.

“Mereka (TAI) melangkah begitu jauh dari segi teknologi dan berharap sangat dapat bekerjasama dengan Malaysia dalam perkara ini,” titah baginda sejurus selesai mengadakan lawatan di TAI hari ini.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah berkenan menyaksikan pertunjukan udara menggunakan pesawat tempatan yang dibangunkan TAI, antaranya helikopter T129 ATAK dan Gokbey, pesawat tanpa pemandu Anka dan Aksungur serta pesawat latihan Hurkus.

Al-Sultan Abdullah kemudian turut berkenan mencuba simulasi pesawat milik TAI.

TAI sebelum ini berminat bekerjasama dan membangunkan industri aeroangkasa Malaysia dengan membawa kepakaran, pengeluaran produk tulen (OEM) ke Malaysia.

Mereka merancang untuk mewujudkan sebuah kilang pengeluaran produk aeroangkasa seperti jet, helikopter dan kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) di Malaysia dalam tempoh setahun dan menjadikannya sebagai pangkalan untuk rantau Asia Pasifik.

Yang di-Pertuan Agong dalam lawatan negara ke Turkiye selama tujuh hari bermula Isnin lalu.

Sementara itu, dalam program sama, Seri Paduka berkenan bertemu dan beramah mesra dengan sebahagian pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Turkiye, termasuk tujuh pelajar Malaysia yang menjalani latihan praktikal selama sebulan di TAI.

Al Sultan Abdullah sempat beramah mesra dengan tujuh pelajar daripada UniKL yang sedang mengikuti menjalani latihan praktikal dalam bidang aeroangkasa di Turkish Aerospace Industry (TAI).

Tujuh pelajar dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL) itu adalah pelajar dalam bidang aeroangkasa di UniKL cawangan Banting, Selangor dan juga kumpulan pertama yang terpilih mengikuti latihan praktikal di TAI tajaan UniKL.

Seorang daripada pelajar berkenaan, Ihsan Jamal, 25, berharap dapat menggunakan ilmu dan pengalaman dipelajari sepanjang sebulan di TAI di alam pekerjaan nanti.

Ihsan yang kini dalam tahun akhir pengajian, berpeluang mempelajari pesawat yang terdapat di TAI khususnya dalam pertahanan.

“Pesawat tanpa pemandu seperti Hurjet dan combat aircraft (pesawat tempur) yang dimiliki TAI dipelajari daripada awal iaitu reka bentuk sampai akhir gabungan semua komponen pesawat dalam satu bangunan.

“Selain itu, kami juga mempelajari bagaimana syarikat TAI membangunkan pesawat itu terbang dengan selamat,” katanya.

Seorang lagi pelajar, Muhammad Danish Aqmar Rusdan, 21, berkata sepanjang sebulan latihan di TAI dia dapat mengembangkan pengetahuan dalam bidang kejuruteraan komputer yang dipelajarinya.

“Kebanyakan pembelajaran saya berasaskan komputer dan saya juga dapat menyumbang dalam satu daripada kapal terbang yang dinamakan Hurkus di TAI ini. Alhamdulillah, saya dapat banyak maklumat dan akan mengembangkan informasi ini di Malaysia juga,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.