18 OGOS : Sebanyak 3,516 kes jangkitan kes baharu COVID-19 direkodkan semalam, sedikit meningkat berbanding 3,429 kes yang dicatat pada hari sebelumnya, menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.744 juta kes sejak pandemik melanda negara.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, kes kematian pada Rabu meningkat kepada 15 kes berbanding sembilan yang dicatatkan pada hari sebelumnya dan empat daripadanya merupakan kes berlaku di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead’ (BID).
Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 41,701 dan 96 peratus atau 40,034 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.