nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

NCIA tarik pelaburan RM17.25 bilion dari Januari hingga Julai 2022

18 OGOS : Sejak Januari sehingga 31 Julai 2022, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) telah berjaya menarik pelaburan  yang diluluskan sebanyak RM17.25 bilion yang akan menghasilkan 12,315  peluang pekerjaan baharu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaburan ini disokong oleh pertumbuhan berterusan dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E), mekanikal dan elektrikal (M&E) dan Peranti Perubatan di  Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

“Perkembangan positif ini termasuk pelaburan asing oleh Baladna Food Industries dari Qatar sebanyak RM2.1 bilion untuk membangunkan projek ladang tenusu bersepadu di Chuping, Perlis bagi menyokong agenda sekuriti makanan negara.

“Ia sekaligus membuktikan keyakinan pelabur swasta terhadap ekonomi dan ekosistem pembangunan bakat di wilayah ini.

“NCIA bersama-sama Kerajaan Negeri memberi tumpuan untuk mengukuhkan lagi
ekosistem bakat dan mewujudkan rantaian bekalan yang teguh bagi  meningkatkan daya saing NCER dalam menangani sebarang jurang dalam  ekosistem pasca-pandemik.

“Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri akan turut memastikan bekalan air, elektrik dan jaringan komunikasi tersedia dalam usaha untuk meyakinkan lebih ramai pelabur ke kawasan NCER,” ujarnya.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat NCIA Kali Ke-29 hari ini.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Datuk Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar  Perak; Datuk Seri Azlan Man, Menteri Besar Perlis; Tuan Chow Kon  Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang; Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri di  Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi); Tan Sri Mohd. Zuki Ali, Ketua Setiausaha  Negara dan Datuk Wira Ku Abdul Rahman Ku Ismail, Pengerusi  Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Sains, Teknologi & Inovasi dan Pengajian Tinggi Negeri Kedah.

Kata Ismail Sabri lagi, dalam menyahut seruan kerajaan untuk meningkatkan penyertaan sektor swasta dalam program sosioekonomi strategik, NCIA sedang merangka pelbagai usaha yang inklusif termasuk penubuhan tabung Dana Pembangunan Modal Insan NCER.

Tabung ini menurut Perdana Menteri, adalah bagi merangsang penyertaan sektor swasta dalam program pembangunan modal insan mampan dan usahawan.

“Mesyuarat turut bersetuju supaya program bantuan kos sara hidup menggunakan
kad tanpa tunai serta pembangunan kemahiran dan keusahawanan NCER diterapkan di bawah program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM).

“Pelaksanaannya akan diperincikan oleh pihak Unit Perancang  Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri,” ujarnya.

Tambahnya lagi, mesyuarat hari ini juga bersetuju dengan cadangan NCIA untuk menganjurkan persidangan Pihak Berkuasa Koridor Wilayah untuk membincangkan dan menghuraikan amalan terbaik serta pencapaian.

“Peranan semua koridor ekonomi amat penting bagi membangun dan meningkatkan daya tahan ekonomi Keluarga Malaysia,” kata Ismail Sabri.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.