19 OGOS : Ribut kencang yang melanda kawasan tengah dan selatan Eropah, membunuh sekurang-kurangnya 13 orang termasuk tiga kanak-kanak kebanyakannya akibat pokok tumbang di pulau Corsica, Perancis.
Angin kencang sehingga 224 km/j (140mph) yang melanda pulau itu menyebabkan pokok tumbang dan rumah rosak. Seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun maut dihempap sebatang pokok yang tumbang di tapak perkhemahan.
Manakala, seorang lelaki maut dan seorang wanita warga emas maut apabila keretanya dihempap bumbung pondok pantai yang tercabut ketika ribut melandar pulau itu. Manakala berpuluh-puluh orang lagi cedera.
Menteri Dalam Negeri Perancis Gérald Darmanin, tiba di Corsica ekoran bencana itu untuk melihat sendiri kerosakan infrastruktur dan mangsa korban.
Saksi kejadian ribut itu berkata, ia sama sekali tidak dijangka dan tiada amaran diberikan.
“Kami tidak pernah melihat ribut besar seperti ini, anda akan fikir ia adalah ribut tropika,” kata pemilik restoran Cedric Boell kepada agensi berita Reuters.