19 OGOS : Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini didorong oleh aktiviti pengambilan untung yang berterusan, kebanyakannya dilihat dalam syarikat telekomunikasi dan penjagaan kesihatan dalam persekitaran sentimen berhati-hati dalam pasaran serantau, kata peniaga.
Pada 5 petang, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 12.18 mata kepada 1,504.44 berbanding 1,516.62 yang dicatatkan semalam.
Indeks utama itu yang dibuka pada naik 0.20 mata kepada 1,516.82 pada pagi ini, bergerak dalam jajaran 1,502.91 hingga 1,519.68 sepanjang sesi dagangan.
Sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 426 berbanding 395 manakala 449 kaunter lain tidak berubah, 1,040 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 2.11 bilion unit bernilai RM1.53 bilion daripada 2.51 bilion unit bernilai RM1.95 bilion pada Khamis.
Kaunter Axiata dan IHH Healthcare adalah antara penyumbang utama bagi penyusutan indeks komposit dengan masing-masing berkurangan 12 sen dan 10 sen masing-masing kepada RM3 serta RM6.41 yang melibatkan gabungan sebanyak 3.37 mata.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata berkata pasaran serantau utama ditutup kebanyakannya lebih rendah kerana pelabur bersikap berhati-hati dan keberatan untuk melakukan tindakan besar dalam persekitaran ketidaktentuan mengenai prospek jangka pendek untuk pasaran berikutan kenaikan baru-baru ini.
“Sementara itu, kebimbangan tercetus kerana Rizab Persekutuan AS dan bank pusat di Eropah dan Asia mungkin menjejaskan pertumbuhan ekonomi global apabila mereka menaikkan kadar faedah untuk meredakan kadar inflasi yang berada pada paras tertinggi,” katanya kepada Bernama hari ini.
Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank rugi 3.0 sen kepada RM8.92, Public Bank tidak berkurangan kepada RM4.61 manakala Petronas Chemicals susut 1.0 sen kepada RM8.74, CIMB menguncup 5.0 sen kepada RM5.42 dan Tenaga Nasional merosot 8.0 sen kepada RM8.70.
Bagi saham aktif, Agmo Holdings meningkat 2.5 sen kepada 81 sen, JAKS Resources bertambah 3.5 sen kepada 31 sen, Top Glove naik 0.5 sen kepada 87 sen manakala Hartalega melonjak 1.0 sen kepada RM1.81.
Di papan indeks pula, Indeks FBMT 100 turun 54.18 mata kepada 10,423.26, Indeks FBM Emas Shariah kehilangan 55.36 mata kepada 10,815.60, FBM 70 meningkat 55.16 mata kepada 12,787.44, FBM ACE meningkat 14.53 mata kepada 4,986.68 manakala Indeks FBM Emas susut 50.14 mata kepada 10,679.89.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 66.36 mata kepada 16,752.98, Indeks Perladangan susut 41.71 mata kepada 7,247.24, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian bertambah 0.71 mata kepada 183.74 dan Indeks Tenaga menambah 3.81 mata kepada 671.34.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama berkurangan kepada 1.35 bilion saham bernilai RM1.23 bilion daripada 1.57 bilion saham bernilai RM1.49 bilion pada Khamis.
Waran turut meningkat kepada 321.76 juta unit bernilai RM48.25 juta berbanding 275.28 juta unit bernilai RM47.06 juta sebelumnya.
Di Pasaran ACE, jumlah dagangan berkurangan kepada 438.84 juta saham bernilai RM252.37 juta daripada 672.04 juta saham bernilai RM410,63 juta semalam.
Selain itu, kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 223.92 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (343.99 juta), pembinaan (106.06 juta), teknologi (149.31 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (28.45 juta), hartanah (109.93 juta), perladangan (24.24 juta), REIT (7.38 juta), dana/tertutup (sifar), tenaga (168.68 juta), penjagaan kesihatan (132.71 juta), telekomunikasi dan media (16.79 juta), pengangkutan dan logistik (17.50 juta) serta utiliti (18.60 juta).