nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

NGO akui kesungguhan Ismail Sabri bantu rakyat

19 OGOS: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akui dapat melihat kesungguhan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memimpin negara sebagai Perdana Menteri selama setahun ini ke arah  keselesaan rakyat negara ini.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata pelbagai usaha yang diambil Ismail Sabri memberi manfaat terhadap rakyat.

“Saya nampak jelas kesungguhan beliau membawa keselesaan kepada rakyat. Beliau cuba berbuat sesuatu yang baik dan banyak juga usahanya mendapat kesan yang baik contohnya kawalan harga ayam dan sekatan bekalan eksport ke luar negara.

“Tindakan ini tidak pernah berlaku sebelumnya. Setiap usaha itu makan masa dan bukan mudah. Kita menilai orang atas kesungguhan…atas usaha bukan atas kejayaan semata-mata. Maknanya ikhlas nak buat sesuatu. Alhamdulillah kita doa saja (berjaya),” katanya kepada BBC Portal.

Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera genap setahun mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri 21 Ogos ini

Kerajaan bertindak menghentikan eksport ayam ke luar negara susulan masalah kekurangan bekalan ayam dalam negara yang menyebabkan harga ayam melambung.

Malah kerajaan juga mengenakan harga kawalan bagi barang keperluan lain termasuk ayam dan minyak masak dalam usaha meringankan beban rakyat.

Nadzim Johan

Dalam pada itu, Nadzim berkata usaha Ismail Sabri itu juga diterima rakyat meskipun masih banyak yang perlu dilakukan.

“Soal kejayaan itu serah pada Allah. Setakat ini saya rasa Alhamdulillah dan rakyat pun nampaknya melihat kesungguhan beliau dan mula menerima apa yang dibuat oleh kerajaan

 “Mungkin kita sedang melalui fasa yang paling teruk tapi nampaknya usaha-usaha yang dibuat dengan kesungguhannya itu kita harap akan mendapat kejayaan yang diharapkan oleh rakyat,” katanya.

Sementara itu Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata prestasi Ismail Sabri agak baik sepanjang tempoh setahun pemerintahannya.

“Daripada pemerhatian saya boleh nampak prestasi beliau agak baik cuma secara kebetulan pemerintahan beliau melalui tempoh Covid-19 dan kesan pandemik yang menyebabkan kemelesetan ekonomi serta inflasi.

Itu cabaran yang dihadapi.  Tapi kita dapat lihat walaupun dalam keadaan negara menghadapi kekurangan wang disebabkan kesan pandemik tapi kerajaan masih dapat menghulurkan banyak bantuan kepada rakyat. Bantuan sara hidup, BKM dan sebagainya. Ini antara usaha yang dilakukan bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan kesan pandemik dan inflasi sekarang,” katanya.

Beliau menyarankan bantuan kewangan kepada golongan yang memerlukan perlu diteruskan sehingga keadaan ekonomi benar-benar pulih meskipun kerajaan terpaksa mengeluarkan peruntukan yang lebih.

Tambahnya lagi, intervensi daripada kerajaan membantu mengurangkan beban yang dihadapi rakyat termasuk dalam mengawal harga barang-barang keperluan.

“Kalau kita lihat, kesan daripada pandemik mengakibatkan kenaikan harga barang dan ia berlaku bukan hanya di Malaysia tapi juga di peringkat antarabangsa.

“Namun disebabkan ada langkah-langkah intervensi kerajaan termasuk mengawal harga ayam, telur, minyak masak dan sebagainya jadi kita nampak kesannya tidak terlalu besar kepada rakyat.

Bagaimanapun kenaikan harga itu masih berlaku cuma kesannya tidak terlalu hingga membebankan rakyat,” katanya. Oleh NUR EISYA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.