19 OGOS : Ringgit ditutup rendah hari ini terjejas oleh pengukuhan berterusan dolar AS susulan pengeluaran minit mesyuarat Rizab Persekutuan AS (Fed) yang membayangkan bahawa bank pusat itu akan terus menaikkan kadar faedahnya.
Pada 6 petang, unit tempatan ditutup pada 4.4760/4795 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4720/4750 pada Khamis.
Ringgit mencatatkan aliran menurun selama lima hari berturut-turut dengan nilainya kekal paling rendah sejak Januari 2017.