20 OGOS : Kementerian Kesihatan Indonesia hari ini mengesahkan pihak telah mengesan satu kes jangkitan cacar monyet buat kali pertama di negara itu.
Sebelum itu, negara jiran, Singapura melaporkan kes pertama cacar monyet bulan lalu dan mengesahkan 15 kes setakat 5 Ogos, selain Filipina dan Thailand juga mengesahkan kes.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan kecemasan kesihatan global dengan lebih 40,000 kes cacar monyet yang disahkan, termasuk segelintir kematian di lebih 80 negara di mana virus itu bukan endamik.
Cacar monyet menjadi masalah kesihatan awam yang diabaikan secara global di Afrika selama beberapa dekad, tetapi kes mula dilaporkan di luar benua itu, yang mana ia menjadi endemik pada Mei lalu.
Pada kebiasaannya, penyakit itu menyebabkan simptom ringan hingga sederhana, termasuk demam, keletihan dan lepuhan kulit yang menyakitkan tetapi akan hilang dalam beberapa minggu.
Setakat ini, lima orang dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan wabak ini, semuanya dicatatkan berlaku di Afrika.
Di luar benua Afrika, cacar monyet merebak terutamanya pada lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki lain, menyebabkan klinik kesihatan seksual kini berjaga-jaga untuk peningkatan kes baharu.
Ketika ini cacar monyet tidak menyebabkan banyak kematian di seluruh dunia, namun kewujudan virus yang tidak menyenangkan itu dalam kalangan penduduk masih menjadi berita buruk, kata saintis.