nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Rayuan terakhir kes SRC Najib bersambung hari ini

23 OGOS : Mahkamah Persekutuan hari ini dijadualkan mendengar hujahan peguam Datuk Seri Najib Razak untuk mengetepikan sabitan dan hukuman terhadap bekas Perdana Menteri itu bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd.

Bagaimanapun sekiranya peguam Najib yang baru dilantik mewakilinya, Hisyam Teh Poh Teik tetap enggan berhujah, maka panel lima hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, mungkin membuat keputusan serta-merta atau menangguhkannya ke suatu tarikh lain.

Jumaat lalu, Hisyam memaklumkan panel itu bahawa beliau tidak akan membuat sebarang hujahan sama ada secara bertulis atau lisan bagi membela Najib.

Tengku Maimun yang bersidang bersama-sama Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, serta Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd, berkata mahkamah akan menangani perkara itu pada hari ini.

Pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya ad hoc, Datuk V Sithambaram, ketika mengakhiri hujahan pada Jumaat lalu pula berkata mahkamah boleh terus membuat keputusan walaupun tiada hujahan daripada peguam Najib.

Prosiding itu yang bermula Khamis lalu, menyaksikan pelbagai peristiwa menarik termasuk Hisyam memohon untuk menarik diri daripada mewakili Najib, namun permohonannya ditolak mahkamah yang kemudian mengarahkan pendakwaan mengemukakan hujahan mereka terlebih dahulu.

Peguam itu turut memaklumkan panel Mahkamah Persekutuan bahawa Najib telah menggugurkan peguam caranya, Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners (ZIST) daripada mewakili beliau.

Hisyam sekali lagi memohon agar prosiding itu ditangguh hingga Khamis ini kerana beliau mempunyai kes lain pada Selasa dan Rabu, namun ditolak oleh mahkamah.

Pada 16 Ogos lalu, mahkamah menolak permohonan Hisyam untuk menangguhkan pendengaran rayuan itu dan mengarahkan ia diteruskan pada 18 Ogos.

Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Najib bagi setiap tiga pertuduhan pecah amanah jenayah serta tiga pertuduhan pengubahan wang haram, dan penjara 12 tahun serta denda RM210 juta (jika gagal bayar, penjara lima tahun) bagi pertuduhan menyalahgunakan kedudukan.

Bagaimanapun, Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 12 tahun berikutan Mohd Nazlan memerintahkan supaya semua hukuman penjara berjalan serentak.

Beliau kini dibebaskan dengan jaminan RM2 juta dengan dua penjamin sementara menunggu pelupusan rayuan itu.

Tahun lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi serta menolak rayuan Najib untuk mengetepikan sabitan serta hukuman penjara dan denda.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.