24 OGOS : UMNO bakal mengadakan sesi Taklimat Khas Presiden bersama semua pimpinan parti itu termasuk ahli jawatankuasa (AJK) bahagian Sabtu ini bagi memperjelaskan isu-isu semasa terkini.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi ciapan di Twitter miliknya berkata, sesi taklimat itu akan diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada jam 2 petang.
“‘Stanby’, jemputan rasmi akan dibuat. Taklimat Khas Presiden, Sabtu jam 2 petang di Dewan Merdeka WTCKL, mengenai isu semasa terkini.