25 OGOS : Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) telah memutuskan parti yang bernaung di bawah gabungan itu akan menggunakan satu logo bagi bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
“Satu reka bentuk baharu logo itu juga akan dipertimbang bagi memberi imej dan nafas baharu dalam usaha gerak kerja PRU15,” kata Majlis Presiden PH menerusi satu kenyataan hari ini.
Kenyataan tersebut dikeluarkan secara bersama oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.