26 OGOS : Bajet 2023 yang sepatutnya dibentangkan pada 28 Oktober ini akan dibentang tiga minggu lebih awal.
Ia dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Oktober ini, selepas diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet hari ini.
Perkara itu disahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar kepada Berita Harian, sebentar tadi.
Beliau turut mengesahkan perjalanan Takwim Dewan Rakyat yang menggariskan mesyuarat ketiga penggal kelima bermula Oktober ini juga diawalkan.
Mengikut takwim di laman web Parlimen, mesyuarat ketiga penggal kelima dijadualkan bermula 26 Oktober hingga 15 Disember 2022 yang mana Dewan Rakyat akan bersidang selama 31 hari untuk membahaskan Bajet 2023.