26 OGOS : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Jumaat mengeluarkan amaran cuaca ribut petir yang dijangka melanda beberapa kawasan di negeri Perak (Kuala Kangsar, Kinta), Kelantan (Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Gua Musang) dan Terengganu (Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang).
Selain itu, MetMalaysia turut meramalkan antara kawasan lain yang akan terjejas ialah Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Lipis), Sarawak (Sri Aman, Betong, Sarikei, Mukah (Tanjung Manis), Miri (Subis, Beluru, Miri, dan Marudi) serta Limbang.
Sehubungan itu, MetMalaysia menasihatkan orang ramai untuk sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi berdepan sebarang kemungkinan.