Walaupun Ukraine tidak sertai Nato, Russia tidak akan hentikan perang
27 OGOS : Seorang sekutu utama presiden Russia menyatakan, Moscow tidak akan menghentikan kempen ketenteraannya di Ukraine walaupun Kyiv secara rasmi meninggalkan aspirasinya untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Bekas presiden, Dmitry Medvedev, kini timbalan pengerusi Majlis Keselamatan Russia, berkata Russia bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.
Sebelum pencerobohan Februari lalu, Moscow turut menjelaskan bahawa keanggotaan Ukraine dalam NATO tidak boleh diterima.
“Menolak penyertaannya dalam perikatan Atlantik Utara kini penting, tetapi ia sudah tidak mencukupi untuk mewujudkan keamanan.
BERITA BERKAITAN
Operasi di Ukraine diteruskan hingga tugas selesai
Russia musnah senjata dibekalkan Barat di Ukraine
Russia ‘akan guna senjata nuklear’ jika Finland, Sweden menyertai NATO
Russia dakwa 1,351 askarnya terkorban
“Russia akan meneruskan kempen itu sehingga matlamatnya tercapai,” kata Medvedev.
Sebelum ini, Russia dan Ukraine mengadakan beberapa pusingan rundingan selepas pencerobohan bermula, tetapi tiada kata sepakat diperoleh.
“Perbincangan ini bergantung kepada bagaimana peristiwa berlaku. Kami sudah bersedia sebelum bertemu Zelensky,” kata Medvedev.
Dalam ulasannya, beliau juga berkata senjata Amerika Syarikat (AS) yang telah dibekalkan ke Ukraine seperti pelancar pelbagai roket Himars – belum lagi menimbulkan ancaman yang besar.
Namun, itu boleh berubah jika AS menghantar senjata boleh mengenai sasaran pada jarak yang lebih jauh.
“Ini bermakna apabila peluru berpandu jenis ini terbang sejauh 70 kilometer (km) itu satu perkara,” katanya.
“Tetapi apabila ia 300 hingga 400 km, itu adalah satu lagi, sekarang ia akan menjadi ancaman terus kepada wilayah Persekutuan Russia.”