29 OGOS : Jangkitan kes baharu COVID-19 semalam memperlihatkan sedikit penurunan apabila sebanyak 2,191 kes dikesan berbanding 2,491 kes yang direkodkan pada hari sebelumnya, menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.776 juta kes sejak pandemik melanda negara.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, kes aktif COVID-19 dalam negara kini 32,901 dan 95.8 peratus atau 31,527 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
Dilaporkan 1,282 kes dirawat di hospital dengan 73 kini ditempatkan di wad ICU di mana 48 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Manalala sebanyak dua kes kematian dicatat semalam dan tiada kes berlaku di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead’ (BID)