nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ancaman penjajahan era moden lebih berbahaya – Ismail Sabri

30 OGOS : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismai Sabri Yaakob menyeru seluruh Keluarga Malaysia agar terus mempertahankan kemerdekaan dengan kekal bersatu serta bekerjasama bagi membangun dan menjaga kedaulatan negara.

Kata Ismail Sabri, jika rakyat di negara ini tidak bersatu dan bersama mempertahankan kemerdekaan negara, sejarah mungkin berulang dan negara boleh terjajah semula.

“Di era modenisasi hari ini, bentuk penjajahan tidak lagi sama seperti era kolonial. Bentuk penjajahan moden yang mana seluruh negara di dunia hari ini terkena dampaknya, boleh kita lihat melalui bidang ekonomi, teknologi dan budaya dengan pelbagai cara dan bentuk yang lebih canggih.

“Meskipun ancaman baharu ini bukanlah dari segi fizikal, namun ia sangat berbahaya dan merupakan cara paling mudah untuk menjarah minda dan jati diri bangsa, seterusnya mampu menghancurkan sesebuah negara.

“Justeru, jika kita tidak pertahankan kemerdekaan yang diperjuangkan oleh wira-wira terdahulu, maka sejarah mungkin berulang dan kita boleh kembali terjajah semula,” tegasnya.

Menurut Perdana Menteri, hanya dengan rasa cinta kepada negara membolehkan rakyat terus bekerjasama dan bersatu padu untuk mempertahankan nilai-nilai kedamaian, keamanan dan kemerdekaan bagi membangun dan menjaga kedaulatan negara.

Tambahnya, hakikatnya rahmat dan nikmat kemerdekaan yang dikecapi oleh negara hari ini adalah hasil perjuangan, titisan darah, keringat dan air mata para pejuang terdahulu kerana rasa cinta kepada agama dan negara.

“Ketika perjuangan menentang penjajahan Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun, ramai pejuang yang aulia rebah demi mempertahankan pertiwi.

“Nama-nama seperti Mat Kilau, Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Tok Gajah, Rentap, Datuk Maharajalela, Datuk Sagor, Haji Abdul Rahman Limbong, Datu Mat Salleh, Rosli Dhobi, adalah antara tokoh-tokoh yang telah berkorban demi tanahair tercinta.

“Ingatlah pesan Mat Kilau, bahawa perjuangan ini mesti diteruskan oleh generasi muda. Jangan biar tanahair tergadai. Jangan sesekali mudah dipicit sehingga terbelah.

“Kalau beragama pula, jangan sekadar pakaiannya, biar tentu bersih juga tubuhnya. Kalau belajar, jangan sekadar ilmunya, biar tentu kukuh juga adabnya. Kalau beramal jangan sekadar ayatnya, biar tentu juga berbulat dengan rahsianya.

“Itu antara amanat pahlawan Mat Kilau yang boleh kita sama-sama jadikan azimat dalam perjuangan,” ujarnya.

Tokoh Pahlawan Melayu, Mat Kilau bin Imam Rasu@Mat Kilau.

Ismail Sabri berkata demikian dalam perutusannya sempena Hari Kebangsaan 2022 di Putrajaya hari ini.

Ismail Sabri juga menegaskan, semangat perjuangan pejuang-pejuang tanahair terdahulu perlu digilap kepada generasi baharu bagi menyedarkan pemimpin bangsa ke arah landasan yang betul menurut tuntutan ajaran Islam.

“Semangat dan perjuangan yang telah wujud sejak dulu terus mengalir dan diterjemahkan dalam rundingan kemerdekaan pada tahun 1956 di London. “

“Nilai kemerdekaan inilah akhirnya yang telah berjaya memupuk perpaduan dalam kalangan Keluarga Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan agama, selain integrasi silang budaya merentasi Semenanjung, Sabah dan Sarawak, seperti mana yang kita kecapi hari ini,” ujarnya.

Beliau seterusnya mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan 2022 kepada seluruh rakyat di negara ini.

“Adat bersaudara, saudara dipertahankan. Adat bekeluarga, keluarga dilindungi. Adat berkampung, kampung dijaga. Adat berbangsa, perpaduan bangsa diutama. Sesungguhnya kita semua satu keluarga, Keluarga Malaysia penyambung warisan. Saya mengucapkan selamat menyambut dan meraikan Hari Kebangsaan 2022. Keluarga Malaysia teguh bersama. Dirgahayu tanahairku” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.