nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PM beri komitmen PRU15 akan diadakan tidak lama lagi

30 OGOS : Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi komitmen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan tidak lama lagi, kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan.

Bagaimanapun, menurut Mohamad Hasan, Perdana Menteri masih belum memberikan tarikh bila PRU15 akan dilaksanakan.

“Beliau tidak bagi tarikh, tapi beliau kata, takkan nak bawa sampai tahun depan, jadi jelas PRU tahun ini, kalau tahun ini takkan nak buat bulan 12 (Disember) nanti orang berenang pulak nak pergi mengundi, itu jangka masa yang perlu kita perhati betul-betul dan lakukan gerak kerja,” katanya.

Beliau berkata ketika berucap dalam perjumpaan bersama kepemimpinan parti komponen BN Negeri Pahang, di Kuantan, malam tadi.

Selain itu, BN juga menurut Mohamad Hasan akan memperhalusi cadangan supaya kuota pembahagian kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) antara parti komponen dikaji semula sebagai persediaan menghadapi PRU15.

Beliau berkata, cadangan tersebut oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, perlu diperhalusi dan satu strategi supaya dapat memenangi PRU15 yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

“Apa jua yang kita buat langkah mesti betul, kalau langkah akan kalah mengapa kita ke situ, itu maksud Wan Rosdy (Pengerusi BN Pahang).

“Saya sambut dan akan lihat kerana perlu mengambil kira juga beberapa faktor lain yang perlu diperhalusi dengan begitu rapi dan baik,” katanya lagi.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada Taklimat Khas Presiden Sabtu lalu, di hadapan lebih 2,000 ahli parti itu, berkata Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan berbincang mengenai desakan supaya PRU-15 diadakan segera.

Media sebelum ini melaporkan Bajet 2023 yang sepatutnya dibentangkan pada 28 Oktober ini akan dibentang tiga minggu lebih awal.

Terdahulu, Wan Rosdy dalam ucapannya meminta supaya pucuk pimpinan mengkaji sehabis baik sistem kuota melibatkan kerusi Parlimen dan DUN sebelum PRU15.

“Kalau dah tahu kalah nak letak juga buat apa, ia menghabiskan masa, duit dan tenaga. Saya minta maaf kepada rakan-rakan komponen, sebagai pemimpin saya kena tonjolkan perkara ini untuk kebaikan kita bersama…sebab kita nak menang,” kata Wan Rosdy.

Menurut Wan Rosdy, BN Pahang menyasarkan memenangi semua 14 kerusi Parlimen dan 35 daripada 42 kerusi DUN pada PRU15 nanti.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.