30 OGOS : Presiden Joko Widodo (Jokowi) bersetuju dengan dua nama untuk vaksin Covid-19 yang dihasilkan oleh negara ini, iaitu Inavac dan Indovac
Ketua Badan Kawalan Ubatan dan Makanan Indonesia (BPOM), Penny K Lukiyto berkata, vaksin Inavac dihasilkan oleh pasukan saintis dari Universiti Airlangga dengan kerjasama PT Biotis Pharmaceutical Indonesia, manakala Indovac pula dibangunkan oleh PT Bio Farma dan Kolej Perubatan Baylor.
Jelas Penny, kedua-dua vaksin tersebut sudah pun memasuki fasa ujian klinikal tahap tiga dan akan memohon kelulusan penggunaan kecemasan dalam tempoh terdekat.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh, kelulusan itu mungkin diberikan pada September ini.