31 OGOS : Kehadiran rakyat meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka di luar jangkaan apabila lebih 100,000 pengunjung hadir untuk menyaksikan acara-acara menarik dalam program tersebut pagi tadi.
Sambutan menggalakan pengunjung pada acara hari kemerdekaan ke-65 itu adalah disebabkan keterujaan orang ramai untuk kembali menyaksikan perarakan dan perbarisan serta pameran aset pertahanan negara, selepas dua tahun tanpa persembahan berkenaan.

