1 SEPT : Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini menghantar surat peletakan jawatan sebagai Penasihat Khas Kepada Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia), Jabatan Perdana Menteri.
Pejabat Perdana Menteri menerusi satu kenyataan berkata, peletakan jawatan Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang itu dengan notis selama sebulan itu telah diterima oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Notis sebulan diberikan menurut kenyataan iti adalah bertujuan untuk menyelesaikan kerja-kerja yang berkaitan dengan kakitangan beliau, namun dalam tempoh itu, Azalina tidak lagi bertugas di Pejabat Perdana Menteri kerana diberi cuti mulai 1 September sehingga tamat notis pada akhir September.
Kata kenyataan itu lagi, Perdana Menteri mengucapkan penghargaan dan terima kasih
atas perkhidmatan yang telah diberikan sepanjang tempoh beliau berkhidmat.