1 SEPT : Israel melakukan serangan peluru berpandu yang menyasarkan lapangan terbang di bandar Syria Aleppo, yang telah menyebabkan kemusnahan dan kebakaran, namun tiada kemalangan jiwa dilaporakan setakat ini.
Israel menyasarkan lapangan terbang antarabangsa Aleppo dengan tembakan peluru berpandu, menyebabkan beberapa kerosakan infrastruktur di kawasan itu, kata agensi kerajaan itu pada semalam.
Empat peluru berpandu Israel telah menyasarkan landasan dan depot di lapangan terbang yang dipercayai menggunakan peluru berpandu yang dibekalkan oleh Iran.
Israel telah melakukan beratus-ratus serangan di Dalam Syria sejak 2011.
Minggu lepas, dua orang awam cedera dalam siri serangan udara Israel di barat Hama dan wilayah Tartous.
Tentera Israel bagaimanapun enggan mengulas mengenai serangan udara yang menyasarkan lapangan terbang Aleppo itu.
Bagaimanapun, Israel mengakui bahawa ia menyasarkan pangkalan kumpulan pejuang bersekutu Iran, seperti Hezbollah Lubnan, yang telah menghantar ribuan pejuang untuk menyokong tentera Presiden Syria Bashar al-Assad.
Pada Ahad lalu, Israel telah melakukan serangan menyasarkan kemudahan ketenteraan di barat Syria.