3 SEPT : Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya cubaan bunuh Naib Presiden Argentina Cristina Fernández de Kirchner dan berdiri teguh bersama Kerajaan dan rakyat Argentina menolak semua bentuk keganasan.
Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan berkata hari ini berkata, Malaysia berharap pengganas tersebut akan segera dibawa ke muka pengadilan
Video kejadian menunjukkan Naib Presiden Argentina itu sedang tersenyum ketika berjalan di hadapan orang ramai sebelum seorang lelaki meluru dan mengacukan pistol ke arah de Kirchner dan cuba melepaskan tembakan.
Bagaimana tiada tembakan dilepaskan dan de Kirchner tersentak ke belakang, tanpa cedera.
Agensi berita rasmi Argentina, Télam, mengenal pasti lelaki itu sebagai warga Brazil, Fernando Andre Sabag Montiel, 35.