nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Mohamad Hasan umum tanding kerusi Parlimen, pertahan DUN rantau

3 SEPT : Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini mengumumkan hasrat untuk bertanding kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagaimanapun enggan mendedahkan kerusi Parlimen yang bakal ditandinginya nanti.

Katanya lagi, dalam masa sama, beliau akan terus mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang disandangnya sejak 2004 yang lalu.

“Memandangkan sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya perlu bertanding pada peringkat Parlimen bagi memainkan peranan berkesan di peringkat kebangsaan dan peringkat tertinggi parti,” ujarnya.

Mohamad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Program Semarak Merdeka di Taman Jed Kuala Sawah, Rantau petang tadi.

Sebelum ini, media melaporkan Mohamad dijangka bertanding di kerusi Parlimen Rembau, sesuai dengan kedudukannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Rembau. Ketika itu, kerusi DUN terbabit disandang Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau yang juga Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Mengulas lanjut mengenai DUN Rantau pula, Mohamad menyifatkan kerusi terbabit sebagai unik kerana komposisi pengundinya yang seimbang membabitkan berbilang kaum.

“DUN Rantau hanya ada 51 peratus pengundi Melayu dan selebihnya kaum lain. Justeru dari segi komposisi kaum, ia adalah seimbang. Ia perlu diuruskan dengan baik. Jadi insya-Allah, saya akan terus mempertahankan kerusi ini pada pilihan raya akan datang.

“Saya yakin dan percaya, pengundi Rantau akan memberi sokongan kepada saya dan BN pada PRU-15,” katanya.

Begitupun, Mohamad memaklumkan, kedudukan calon dan kerusi BN di Negeri Sembilan bagi menghadapi PRU-15, masih belum diputuskan.

“Setakat ini, masih pada peringkat jentera pilihan raya dan mempersiapkan parti di peringkat pusat daerah mengundi (PDM). Justeru (keputusan) dari segi calon, belum lagi,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai cadangan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun supaya DUN Negeri Sembilan tidak dibubarkan sebelum Mac tahun depan pula, Mohamad berkata, Aminuddin mempunyai kuasa untuk menasihati Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan berhubung perkara berkenaan.

“Beliau adalah Menteri Besar, sebagai ketua kerajaan negeri dan mempunyai kuasa untuk menasihati Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

“Sama ada bubarkan DUN atau tidak (secara serentak dengan PRU-15), terpulang kepada beliau. Jika tidak buat sama pun tidak mengapa, terpulang kepada beliau. Tidak buat sama pun elok, nanti saya bawa ramai-ramai untuk berkempen di sini,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.