5 SEPT : Bekas pengerusi syarikat pengangkutan TATA, Cyrus Mistry meninggal dunia pada Ahad dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke Mumbai.
Perdana Menteri India, Narendra Modi menyifatkan kematian bekas pengerusi TATA, konglomerat terbesar negara itu sebagai ‘kehilangan besar’ kepada dunia perniagaan.
Mistry dan rakan-rakannya sedang menaiki sebuah kereta Mercedes melalui daerah Palghar di Maharashtra di mana kemalangan itu berlaku pada petang Ahad.
Kenderaan yang membawa Mistry itu dikatakan melanggar pembahagi jalan, ketika melintas sebuah jambatan di atas sungai dan beliau meninggal dunia di tempat kejadian.
Dua rakannya yang berada di dalam kereta turut cedera telah dibawa ke hospital.
Nahas itu memberi tumpuan kepada jumlah kemalangan jalan raya yang tinggi di negara ini, dengan data kerajaan menunjukkan bahawa ia meragut 150,000 nyawa pada 202, purata 18 nyawa dalam sejam.