7 SEPT : Kes harian COVID-19 di negara kembali mencecah angka 2,000 apabila sebanyak 2,067 kes dilaporkan setakat tengah malam tadi.
Menerusi laman sesawang COVIDNOW, kes yang dilaporkan itu membabitkan 2,063 kes penularan tempatan dengan empat lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara menjadikan jumlah penularan COVID-19 di negara kini mencecah 4,795,009 kes sejak ia dikesan di negara ini.
Sebanyak 27,328 kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 secara keseluruhannya dan daripada jumlah itu sebanyak 95 peratus bersamaan 25,963 kes sedang dalam kuarantin wajib di rumah.
Dalam pada itu, kes kematian akibat jangkitan berkenaan dengan enam kes dilaporkan semalam termasuk satu kes meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan (BID).
Jumlah angka korban di negara ini secara keseluruhan sudah mencecah 36,255 kes dengan 7,706 kes meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan (BID).