8 SEPT : Juruterbang dan pembantu juruterbang pesawat ringan milik Tentera Laut Indonesia disahkan terbunuh selepas pesawat itu terhempas di perairan wilayah Jawa Timur pada semalam.
Ketua Staf Angkatan Laut Indonesia Laksamana Yudo Margono hari ini berkata, kedua-dua mangsa disahkan maut, dalam satu sidang akhbar hari ini.
Pesawat G-36 Bonanza T-2503, dilaporkan terhempas di Selat Madura semasa menjalankan latihan pertahanan.
Margono berkata mayat mangsa masih di dalam pesawat ketika bangkai pesawat itu dijumpai.
“Kedua-dua mereka masih duduk di kerusi masing-masing di dalam pesawat. Bangkai pesawat dikeluarkan dari lautan pagi ini (Khamis),” kata Margono.