10 SEPT : Jangkitan kes baharu COVID-19 pada semalam memerplihatkan sedikit penurunan kepada 1,990 kes berbanding 2,226 kes yang dicatat pada hari sebelumnya, menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.801 juta kes sejak pandemik melanda negara.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, kes aktif COVID-19 dalam negara kini 27,370 dan 95 peratus atau 26,007 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 1,287 kes dirawat di hospital dengan 67 kini ditempatkan di wad ICU dan 46 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak empat kes kematian dicatat semalam dan tiada kes berlaku di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead’ (BID).