10 SEPT : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadiri sesi tayangan khas filem ‘Air Force The Movie: Selagi Bernyawa’ yang dianjurkan oleh Media Prima Berhad (MPB).
di TGV Cinemas Bandar Utama di Petaling Jaya, malam ini.
Turut hadir sama pada sesi tayangan khas itu ialah Pengerusi Kumpulan MPB, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid; dan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.
Selain itu, turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan MPB, Rafiq Razali; Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan MPB, Datuk Michael Chan; serta Pegawai Eksekutif Media Prima Television Networks dan Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (lima kiri) bersama Pengerusi Kumpulan MPB, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid (lima kanan) bergambar bersama antara pelakon filem ‘Air Force The Movie: Selagi Bernyawa’ di TGV Cinemas Bandar Utama.
Air Force The Movie: Selagi Bernyawa mengisahkan anggota PASKAU diketuai Kapten Adib dan mentornya, Mejar Adnan, yang bertugas dalam misi bantuan kemanusiaan di Namburi, iaitu sebuah negara bergolak.
Filem itu dibintangi Datuk Adi Putra, Nas T, Pablo Amirul, Hakim Ridza, Jack Tan, Aiman, Sara Ali, Johan As’ari dan Luqman Hafidz.