12 SEPT : Juruterbang helikopter yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara KL di Bidor semalam ditemui mati di lokasi kejadian.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri sebentar tadi.
Sebelum itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong melalui Facebook milik pagi tadi menyatakan pihak berkuasa telah menemui juruterbang berkenaan dalam keadaan selamat.
“Syukur, saya baru sahaja dimaklumkan oleh CAAM bahawa juruterbang helikopter yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur semalam ditemui selamat di lokasi nahas sekitar Bidor jam 8.20 pagi ini.
“Setinggi penghargaan diucapkan kepada pasukan TUDM, PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta semua yang terbabit dalam SAR ini,” katanya.
Ketika ini, pasukan penyelamat sedang berusaha untuk membawa juruterbang tersebut ke Hospital Ipoh untuk rawatan.
Sebuah helikopter syarikat swasta yang terbang dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang pada jam 11.37 pagi dengan seorang juruterbang dalam pesawat itu.
Helikopter berkenaan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Ipoh pada jam 12.37 tengah hari tetapi dilaporkan hilang dan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur pada jam 12.16 tengah hari.
Susulan itu, misi mencari digerakkan melibatkan sebanyak 10 anggota dan 197 anggota daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor, Jabatan Perhutanan, SMART Team
Selain itu, operasi pencarian turut disertai unit dron, Pasukan Sukan Udara, Kelab Paramotor Sitiawan. Operasi pencarian turut dibantu satu helikopter daripada unit udara PDRM.