nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Lokman diperintah padam semua video fitnah terhadap PM

12 SEPT : Mahkamah Tinggi hari ini mengeluarkan perintah injunksi memaksa Datuk Lokman Noor Adam mengeluarkan video bertajuk ‘Bila Presiden UMNO Panggil Tak Datang! Tapi PM (Perdana Menteri) Ada Masa Jumpa Mahathir (bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad) – Lokman Adam’.

Lokman juga diperintah Mahkamah Tinggi untuk memadamkan semua video di media sosial mengandungi kenyataan fitnah terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Peguam Ismail Sabri, Ragunath Kesavan, berkata ini selepas Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain, membenarkan permohonan ‘ex-parte’ (sebelah pihak) dikemukakan Ismail Sabri selaku plaintif, terhadap Lokman yang juga bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, sebagai defendan.

“Video itu dimuat naik di akaun Youtube, Facebook, Instagram dam TikTok defendan. Mahkamah juga mengeluarkan perintah injunksi untuk menghalang defendan sama ada secara sendiri atau ejennya, daripada membuat kenyataan serupa di media sosial atau apa-apa laman web lain milik defendan.

“Perintah ‘ex-parte’ dikeluarkan hari ini, hingga pendengaran ‘inter-parte’ (dua pihak) pada 26 September ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas prosiding dalam kamar di hadapan Roz Mawar.

Terdahulu, media melaporkan Ismail Sabri, memfailkan saman terhadap Lokman kerana memuat naik video mengandungi kenyataan berniat jahat, fitnah dan tidak benar terhadap Perdana Menteri.

Ismail Sabri, 62, yang juga Naib Presiden UMNO, selaku plaintif memfailkan saman itu atas kapasiti peribadinya menerusi Tetuan Kesavan pada 8 September lalu, dengan menamakan Lokman, 49, sebagai defendan.

Kenyataan fitnah itu antara lain membawa maksud plaintif berjumpa Dr Mahathir, dan merancang atau berniat untuk merancang dengan bekas Perdana Menteri itu, serta parti politik lain bertentangan dengan UMNO.

Ia untuk kekal sebagai Perdana Menteri dengan membelakangkan dan mengkhianati parti itu.

Satu surat tuntutan bertarikh 25 Ogos lalu, juga dikeluarkan supaya defendan memadam video daripada media sosialnya dan mengeluarkan permohonan maaf kepada plaintif, namun hingga kini Lokman gagal berbuat demikian.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, teladan, tambahan, faedah, kos serta relif lain difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Pada 1 September lalu, Lokman didakwa di Mahkamah Sesyen, atas dua tuduhan membuat hantaran jelik terhadap kerajaan dan Ismail Sabri. Bagaimanapun, Lokman, 49, mengaku tidak bersalah selepas tuduhan itu dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Nor Hasniah Ab Razak.

Mengikut kertas pertuduhan, Lokman membuat dan memulakan penghantaran bersifat jelik menggunakan Facebook atas nama profil ‘Lokman Noor Adam Official’ dengan niat untuk menyakitkan hati, pada jam 11.16 malam dan 10.28 malam, 20 dan 22 Ogos lalu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.