nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Gazet sekolah sebagai PPS sepanjang tempoh diramal banjir

Mengambil ikhtibar beberapa kejadian banjir besar di luar jangka beberapa tahun kebelakangan ini, Kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat keputusan tepat apabila mempersiapkan segala keperluan bagi berdepan banjir yang diramal November ini hingga Mac depan.

Ibarat sediakan payung sebelum hujan, kerajaan tidak mahu lagi rakyat terutama di negeri-negeri kerap terjejas banjir berdepan kesulitan ketika musibah tersebut selain mengelak kejadian tidak diingini terutama risiko kehilangan nyawa

Ismail Sabri yang mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) semalam berkata, mesyuarat  ini bersetuju supaya Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah diaktifkan segera dan peranannya di semua lokasi bencana diperkasakan.

Ini kerana JPBD mempunyai fungsi yang penting untuk melaksanakan kerja-keja menyelamat serta penyampaian bantuan di lokasi bencana manakala Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan JPBN menyelaras di peringkat Pusat serta negeri.

Menurut Perdana Menteri, bagi aspek pengurusan mangsa, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah bersiap sedia untuk mengaktifkan 6,010 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh negara yang mempunyai kapasiti menempatkan 1,620,855 mangsa banjir.

Selain itu,seramai 79,549 pegawai dan anggota agensi keselamatan serta penyelamat di semua peringkat kini diletakkan pada tahap bersiap siaga sepenuhnya dengan sokongan pelbagai aset sebagai langkah bagi menghadapi banjir yang diramal bermula November hingga Mac 2023.

MET Malaysia menjangkakan Monsun Timur Laut (MTL) 2022/2023 bermula pada November 2022 hingga Mac 2023. Kelantan, Terengganu dan Pahang dijangka mengalami hujan lebat monsun bermula November hingga Disember 2022, manakala Johor, Sabah dan Sarawak dijangka berhadapan hujan lebat monsun bermula Disember 2022 hingga Januari 2023.

Menurut Ismail Sabri, kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM2.59 juta untuk menaik taraf kemudahan asas dan fasiliti di semua PPS seperti penyediaan bilik mandi serta tandas.

Jelasnya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga diarahkan supaya asrama-asrama sekolah yang tidak dihuni pelajar ketika bencana berlaku digunakan oleh orang ramai yang terjejas khususnya untuk memberi keselesaan kepada warga emas, anak-anak kecil dan wanita.

NADMA juga kata Ismail Sabri lagi telah mengagihkan sebanyak 59,350 kit makanan dan 127,272 buah cubicle tent bagi memastikan kelancaran pengurusan penempatan di PPS dan kebajikan mangsa apabila berlakunya bencana.

Menyentuh berkenaan PPS ini, kerajaan atau MKN boleh mengazetkan sekolah-sekolah di kawasan terjejas banjir tetapi selamat untuk dijadikan PPS supaya dalam tempoh digazetkan tidak ada sebarang aktiviti lain dibenarkan.

Jika MET menjangkakan MTL sepanjang November hingga Mac tahun depan, tidak salah sekolah-sekolah digazetkan sebagai PPS dalam tempoh tersebut bagi memastikan apabila tiba waktu kegunaannya tidak ada aktiviti lain bagi memberi lebih keselesaan kepada mangsa-mangsa banjir.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.