nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Inisiatif Malaysia Digital berjaya raih RM42 bilion pelaburan asing

13 SEPT : Inisiatif Malaysia Digital (MD) yang dilancarkan Julai lalu berjaya meraih nilai Pelaburan Digital Langsung Asing sebanyak RM42 bilion yang dijana melalui pelaburan sebanyak 28 syarikat asing terdiri daripada syarikat dalam sektor Pusat Data; Penyedia Perkhidmatan Teknologi Maklumat (IT); Teknologi Kandungan Kreatif dan Global Business Services (GBS).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, infrastruktur bertaraf dunia, ekosistem digital holistik, bakat digital berpengetahuan mampu menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan digital utama di ASEAN.

“Negara juga berada dalam kedudukan terbaik untuk mencapai sasaran pelaburan digital RM70 bilion pada 2025, seperti yang digariskan dalam Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL).

“Kejayaan ini amat penting dalam proses pemulihan ekonomi negara kerana ia akan mewujudkan peluang pekerjaan berpengetahuan tinggi, membantu merancakkan inovasi seterusnya melonjakkan lagi ekonomi digital. Perkembangan pelaburan digital langsung domestik setakat 24 Ogos lalu telah merekodkan sebanyak RM4.76 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Kongres Teknologi dan Inovasi Dunia 2022 (WCIT 2022) di Pusat Konvensyen Setia SPICE Bayan Lepas, Pulau Pinang hari ini.

WCIT 2022 dihadiri lebih 4,000 peserta dari lebih 80 buah negara itu dirasmikan Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak selain turut dihadiri Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Menteri K-KKOM, Tan Sri Annuar Musa dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow ketika hadir dalam Majlis Perasmian Kongres Teknologi dan Inovasi Dunia 2022 (WCIT 2022) di Pusat Konvensyen Setia SPICE Bayan Lepas, Pulau Pinang hari ini.

Perdana Menteri berkata, Kongres Teknologi dan Inovasi Dunia 2022 lonjak Malaysia negara digital berdaya saing, termasuk ekosistem teknologi dan inovasi

Menerusi usaha tersebut kata Ismail Sabri, sebanyak 6,000 peluang pekerjaan bernilai tinggi sudah diwujudkan dan peluang seumpama itu akan terus meningkat pada masa akan datang.

Beliau turut berharap kerjasama rentas kementerian dengan agensi yang terjalin erat pada hari ini dapat dilipatgandakan dalam usaha merangsang ekosistem teknologi dan inovasi demi kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat.

“Teknologi digital berperanan penting dalam menangani isu perubahan iklim seperti dilaporkan Forum Ekonomi Dunia (WEF) dengan pemerkasaan teknologi digital dapat mengurangkan 15 peratus pelepasan gas rumah hijau menjelang 2030.

“Keperluan memperkasakan teknologi digital bagi menangani isu sekuriti makanan negara dan tenaga misalnya pertanian pintar teknologi digital berupaya mengurangkan penggunaan buruh dan meningkatkan produktiviti. sekali gus menjamin rantaian bekalan makanan global yang mampan,” katanya.

Dalam pada itu beliau melihat pandemik COVID-19 menjadi pendorong utama bidang teknologi digital dalam penjagaan kesihatan dengan penggunaannya bukan sahaja mampu membendung penularan wabak itu bahkan berupaya meningkatkan akses kepada kesedaran penyakit-penyakit lain serta risikonya termasuk kesihatan mental.

Terdahulu Ismail Sabri berkata, penganjuran WCIT 2022 dilihat mampu melonjakkan Malaysia sebagai negara digital berdaya saing pada masa yang sama ia berupaya memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam ekosistem teknologi dan inovasi.

“Kerajaan berharap WCIT 2022 ini dapat melakar sejarah baharu dalam menarik lebih banyak pelaburan digital asing sebagai usaha memacu sektor teknologi dan inovasi.

“Kerajaan juga berharap platform ini digunakan sebaik-baiknya dalam membincang, mengilham serta mencetuskan idea baharu dalam perkembangan teknologi dan inovasi negara ke persada antarabangsa,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.