nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan secara dasar setuju ganti hukuman mati bagi 34 kesalahan

13 SEPT : Kerajaan secara dasarnya bersetuju dengan cadangan hukuman gantian bagi 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori dan satu kesalahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234), demikian menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Kata Wan Junaidi dalam satu kenyataan hari ini, persetujuan secara dasar itu juga membabitkan 22 kesalahan yang membawa hukuman mati, tetapi dengan budi bicara mahkamah serta moratorium pelaksanaan hukuman mati bagi 1,337 banduan.

“Kerajaan secara dasarnya telah bersetuju dengan cadangan hukuman gantian bagi 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori, satu kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234).

“Selain itu, 22 kesalahan yang membawa hukuman mati tetapi dengan budi bicara mahkamah serta moratorium pelaksanaan hukuman mati bagi 1,337 banduan,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Kerajaan juga menurut Wan Junaidi telah memuktamadkan keputusan dasar berhubung pelaksanaan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori.

Katanya, keputusan itu dicapai dalam dua siri mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Mengenai Cadangan Balas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori yang dipengerusikannya pada pada 6 September lalu dan hari ini.

“Susulan keputusan itu, satu Memorandum Jemaah Menteri akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan, sebelum pembentangan rang undang-undang (RUU) bagi pindaan akta-akta terbabit dilaksanakan dalam Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen Keempat Belas.

“Bacaan pertama bagi RUU itu dijangka pada 4 Oktober dan bacaan kedua pada 22 November, tertakluk kepada perubahan jadual dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Wan Junaidi berkata, kerajaan juga akan mengadakan sesi libat urus bersama wakil Ahli Dewan Rakyat dalam masa terdekat bagi membentangkan penetapan dasar berkaitan pelaksanaan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori.

“Kerajaan sentiasa komited untuk memperjuangkan undang-undang yang lebih adil dan penuh belas kasihan dalam isu sebatan serta pelaksanaan hukuman mati,” katanya.

Pada 3 Ogos lalu, Wan Junaidi umum kerajaan akan menubuhkan beberapa jawatankuasa untuk meneliti dan mengkaji cadangan pindaan akta berkaitan serta syor hukuman gantian oleh Jawatankuasa Khas Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori dan kebolehlaksanaan penambahbaikan hala tuju sistem keadilan jenayah negara.

Katanya lagi, kerajaan bersetuju secara prinsip untuk memansuhkan hukuman mati mandatori dan diganti hukuman tertakluk budi bicara mahkamah, dengan keputusan dicapai selepas mendengar pembentangan pelaporan hasil kajian Jawatankuasa Khas Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori pada 8 Jun lalu.

Dalam hal ini, pemansuhan hukuman mati mandatori membabitkan 11 kesalahan, iaitu sembilan mengikut Kanun Keseksaan dan dua kesalahan mengikut Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Kerajaan juga, katanya, akan meneliti dan melaksana kajian lanjut untuk menentukan hukuman gantian bagi kesalahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 22 kesalahan yang membawa hukuman mati tertakluk pada budi bicara mahkamah.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.