13 SEPT : Kawasan pesisir pantai daerah Zhejiang dijangka dilanda Taufan Muifa esok.
Taufan itu kini meningkat menjadi taufan kencang dan dijangka bertambah besar ketika bergerak menerusi Laut China Timur pantai daerah Zhejiang.
Pentadbiran Meteorologi Pusat (CMA) China, yang mengeluarkan amaran oren, berkata pusat Muifa berada sekitar 490 kilometer (km) dari tenggara bandar Xiangshan di Zhejiang, dan pengkaji cuaca menjangkakan kawasan itu bakal dibadai ribut yang kuat.
China memiliki sistem amaran cuaca empat peringkat menggunakan kod warna, bermula dengan biru, kuning, oren dan merah sebagai amaran paling buruk.
Menurut CMA, taufan ke-12 yang membadai China tahun ini, akan terus bergerak ke arah barat laut selepas tiba ke kawasan darat, sebelum beransur-ansur bertukar lemah.
Televisyen tempatan melaporkan kemungkinan gelombang ombak besar di kawasan selatan Laut China Timur, selain keadaan laut yang berbahaya di pesisir pantai Zhejiang dan Fujian akibat Muifa.