14 SEPT : Penyanyi dan pelakon era 1980-an, Aman Shah, 68, meninggal dunia akibat komplikasi selepas menjalani pembedahan jantunh di Institut Jantung Negara (IJN), pada pukul 2.20 petang tadi.
Berita sedih itu disahkan pembantu kepada adik Allahyarham, Amirudin Mokhtar yang menyatakan arwah dimasukkan ke hospital, sejak tiga hari lalu.
Aman Shah popular pada era 1980-an dengan rangkaian lagu seperti Adikku Pandai Menari dan lagu raya, Kepulangan Yang Dinanti yang menjadi dendangan wajib setiap kali menyambut Syawal.