15 SEPT : Perdana Menteri Sweden, Magdalena Andersson semalam mengumumkan akan meletak jawatan selepas blok haluan kanan memenangi pilihan raya Ahad lalu selepas partinya kalah tipis dengan parti sayap kanan, Demokrat Sweden (SD).
Bercakap pada sidang media, Andersson, pemimpin parti Demokrat Sosial, menyatakan ia adalah kemenangan majoriti tipis, namun tetap memiliki majoriti.
“Justeru, esok saya akan menyerahkan peletakan jawatan saya sebagai Perdana Menteri dan tanggungjawab bagi proses seterusnya akan diserahkan kepada speaker,” katanya semalam.
Daripada 349 kerusi Parlimen Sweden, blok berhaluan kanan dijangka memenangi 176 kerusi, sebahagiannya disebabkan oleh peningkatan kerusi dimenangi parti SD, selepas lebih 99 peratus kawasan selesai dikira.
Tidak pernah berpaku sebelum ini kerajaan Sweden terpaksa bergantung kepada sokongan parti SD yang memenangi undian, selepas memperoleh lebih daripada tiga mata peratusan.
Dengan majoriti besar, parti itu muncul sebagai yang kedua terbesar di Sweden di belakang Demokrat Sosial, yang sudah mendominasi politik Sweden sejak 1930-an.
Bagaimanapun, jawatan Perdana Menteri kemungkinan besar akan diserahkan kepada pemimpin parti Moderate, Ulf Kristersson, selepas pemimpin SD, Jimmie Akesson gagal menyatukan keempat-empat parti untuk mengetuai kerajaan.
Pemilihan ketua kerajaan yang baharu mesti ditentukan selewat-lewatnya sebelum 27 September ini, iaitu sebaik Parlimen dibuka semula.