15 SEPT : Bekas Presiden MIC Tun S Samy Vellu meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, kira-kira pukul 8 pagi ini.
Difahamkan, beliau meninggal dunia ketika dalam tidur.
Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden MIC Datuk T Mohan dan turut dikongsi Datuk Seri Dr S Subramaniam, bekas menteri kesihatan yang juga pernah menjadi Presiden MIC, menerusi akaun peribadi Facebook miliknya pada Khamis.
Orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di rumahnya di Jalan Ipoh bermula jam 2 petang ini.
Menurut bekas setiausaha akhbar mendiang, Datuk E Sivabalan, upacara pembakaran mayat akan berlangsung pada jam 4 petang Jumaat di Jalan Kuari, Cheras.