17 SEPT : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru Keluarga Malaysia agar menjadikan tarikh 16 September sebagai hari menyemarakkan lagi perpaduan berteraskan nilai Keluarga Malaysia; keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.
“Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia 2022, kepada seluruh Keluarga Malaysia di mana jua anda berada.
“Tanggal keramat 16 September wajar dijadikan titik tolak untuk menyemarakkan lagi perpaduan berteraskan nilai Keluarga Malaysia; keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran,” katanya menerusi kenyataan di Facebook miliknya.
Menerusi kenyataan di Facebook miliknya, beliau mengharapkan agar rakyat terus menjunjung semangat intergrasi nasional yang telah dipupuk sekian lama di negara ini.
“Semoga Keluarga Malaysia terus menjunjung semangat integrasi nasional, kesetiaan kepada raja dan negara, dan semoga Malaysia terus dipelihara dalam keamanan dan kemakmuran.
“Selamat Hari Malaysia Keluarga Malaysia – Teguh Bersama!,” ujarnya.