17 SEPT : Kempen derma darah anjuran Vedhas Indian cuisine bersama Pusat Darah Negara sempena Hari Malaysia mendapat sambutan yang memberansangkan dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat menjayakan kempen tersebut.
Ternyata cuaca panas dan hujan tidak menjadi halangan kepada peserta untuk menderma darah dan kempen tersebut berjaya menepati sasaran Pusat Darah Negara
“Berjaya menepati sasaran Pusat Darah Negara. Pelbagai lapisan masyarakat hadir dan menderma darah untuk menjayakan kempen ini. Walaupun cuti yang panjang, kehadiran para penderma cukup membanggakan.
“Semua petugas Pusat Darah Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempamerkan sikap mesra dan cekap dalam menjalankan tugas dalam kempen tersebut,” kata penganjur menerusi satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Vedha’s Cuisine mengucapkan ribuan terima kasih kpd semua yang terlibat dalam menjayakan program derma darah sempena Hari Malaysia semalam.