nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

UMNO Perlis bebas pilih individu sebagai calon PRU15

17 SEPT : UMNO Bahagian di Perlis bebas memilih individu sebagai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata,  bagaimanapun nama-nama calon berkenaan akan disaring oleh Badan Perhubungan UMNO Negeri terlebih dahulu sebelum ia dimuktamadkan dan diserahkan kepada UMNO Pusat untuk diperakukan.

“UMNO Bahagian di Perlis boleh mencalonkan sesiapa saja namun ia akan melalui proses saringan oleh pihak Perhubungan UMNO Negeri.

“Pencalonan yang dibuat oleh peringkat Bahagian itu kemudian akan dibuat saringan oleh Perhubungan UMNO Negeri.

“Perhubungan UMNO Negeri kemudian akan memperakukan kepada pihak UMNO Pusat untuk kempimpinan tertinggi melihat senarai nama yang akan dicadangkan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Perlis di Kompleks Tuanku Syed Putra  semalam.

Beliau mengulas kenyataan yang dibuat oleh bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis yang juga Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim sebelum ini yang akan terus mempertahankan kerusi Parlimen Arau pada PRU-15, meskipun nama calon UMNO dari negeri itu yang bakal bertanding pada PRU belum lagi dimuktamadkan.

Azlan berkata, pihaknya masih lagi meneliti senarai nama yang bersesuaian untuk diangkat sebagai calon bertanding pada PRU berkenaan dan ia belum lagi dimuktamadkan secara rasmi.

“Kita pun tak tahu bila PRU nak buat bila namun kita sedang melihat lagi senarai nama yang bersesuaian. Jadi Insya-Allah, apabila masanya sudah tiba, maka senarai nama calon itu juga akan tersedia,” katanya.

Sebelum ini, Shahidan dipetik media sebagai berkata bahawa beliau akan terus mempertahankan kerusi Parlimen Arau yang sudah dimenanginya selama empat penggal pada 1986, 1990, 2013 dan 2018.

Beliau juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebanyak empat kali selepas memenangi kerusi DUN Tambun Tulang pada 1995, 1999, 2004 dan 2008.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.